Sabtu, 20 Juni 2009

Oh.... s4h4b4t


Jika anda bersahabat bersiaplah untuk berkorban untuk sahabat,
Jika anda bermusuh dengan sahabat anda
Bersedialah utk mengalah demi persahabatan.

Sahabat yang baik adalah sahabat yang sering menegur kesalahan sahabatnya
Bukan sahabat yang suka melihat sahabat terus melakukan kesalahan.

Selemah-lemah manusia adalah org yang tidak boleh mencari sahabat,
dan orang yang lebih lemah dari itu adalah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah di cari. (Saidina Ali)

Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya dari harta benda yang ditinggalkan oleh nenek moyang. (Saidina Ali).

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar,
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharum,
Sahabat sejati menjadi pendorong impian,
Sahabat yang mulia membawa kita ke jalan Allah.

Perjuangan bukan untuk sahabat
tetapi dalam perjuangan kita sangat-sangat memerlukan sahabat.

Erti sahabat lebih dari memberi
Kerana sahabat yang terikat dengan aqidah

Insyaallah bertemu di syurga nanti....

0 komentar: